Saturday, August 27, 2011

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

(1) Latar belakang tamadun

a) Apakah peningkatan tamadun

1. Kemampuan manusia menggunakan pemikiran untuk mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam sekitar.
2. Seterusnya ia akan membawa kepada kehidupan yang lebih maju dan kompleks berbanding sebelumnya.
3. Peningkatan ini berkaitan dengan kemahiran menghasilkan idea baru dari aspek sosial, politik dan ekonomi.

b) Tamadun Yunani

1. Letakan – di Semenanjung Greece dan pulau sekitarnya yang dikelilingi laut Mediterranean dan Aegen.
2. Bermula dengan negara kota (polis) – hasil gabungan beberapa bandar dan kampung.
3. Setiap negara kota mempunyai sebuah kota yang dikelilingi kawasan pertanian.
4. Dalam kota pula terdapat pasar, kubu kuil dan istana.
5. Contoh negara kota terkenal ialah Athens dan Sparta yang terletak berhampiran Laut Mediterranean.
6. Setiap negara kota mempunyai pemerintahan dan undang – undang tersendiri serta mempunyai beberapa tuhan.
7. Masyarakat dalam negara kota sentiasa bersatu padu tetapi perang kerap berlaku antara negara kota.

c) Tamadun Rom

1. Letakan – di Bukit Palatine berhampiran Sg. Tiber di lembah Latium yang didiami oleh masyarakat latin.
2. Ia berkembang ketika diperintah oleh Romulus.
3. Kemudian wujud majlis perbandaran di setiap bandar yang mentadbir tanpa gangguan pentadbiran pusat di Rom.
4. Bandarnya lengkap dengan bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat forum, rumah mandi awam dan istana.
5. Contohnya Bandar Pompei lengkap dengan pejabat, dewan, perpustakaan, makhamah, pintu gerbang, Colloseum, paip bawah tanah, saliran, terusan, industri dan pengangkutan.
6. Penduduknya seramai 50 ribu orang pada tahun 80 M.

d) Tamadun India


1. Kedatangan orang Aryan membentuk zaman Vedik sempena kelahiran kitab – kitab Veda.
2. Agama Hindu lahir pada zaman Vedik ini.
3. Kemudian tamadun ini berpindah ke Lembah Ganges.
4. Pada masa ini, pemerintah ialah golongan raja.
5. Dua bentuk kerajaan terbentuk – janapada (kerajaan kecil) dan mahajanapada (kerajaan besar).
6. Chandragupta Maurya kemudiannya menyatukan kerajaan – kerajaan kecil, maka muncullah empayar pertama di India di bawah Dinasti Maurya (menyatukan utara India).
7. Kemuncak kegemilangan dinasti ini ketika di zaman Asoka.

e) Tamadun China

1. Letakan – di Lembah Hwang Ho hingga ke selatan China.
2. Empayar pertama ialah Dinasti Chin.
3. Maharaja Shih Huang Ti memperluaskan empayar hingga ke Sg. Merah di Vietnam.
4. Jajahan yang luas disatukan di bawah pentadbiran pusat.

(2) Pemerintahan dan pentadbiran

a) Tamadun Yunani.

1. Bentuknya berubah- ubah seperti monarki, oligarki, aristokrasi, diktator dan akhirnya demokrasi.
2. Di Athens – mulanya mengamalkan sistem beraja. Raja menjadi ketua hakim, tentera dan agama. Beliau dibantu oleh konsul yang terdiri daripada golongan kaya.
3. Kemudian konsul menjadi kuat dan raja merosot – raja dipilih tetapi kuasa terhad. Beberapa orang konsul memerintah, sistem ini dinamakan oligrarki.
4. Kemudian lahir aristokrat dikalangan konsul tadi yang memiliki kuasa besar, sistem ini ialah aristokrasi.
5. Kemudian berlaku ramsapan kuasa kerana rakyat tidak puas hati – maka muncul sistem ditaktor dikalangan golongan kaya atau tentera.
6. Rampasan kuasa ini ditentang oleh aristocrat – maka muncullah demokrasi.
7. Sistem demokrasi di Athens – tersapat Dewan Perhimpunan dan Majlis. Semua warganegara lelaki menjadi anggota Dewan Perhimpunan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan ini berhimpun 3 kali setahun, ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan, tetapi keputusan di kendalikan oleh Majlis. Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh dewan, maka dewan berkuasa penuh keatas ketiga – tiganya.
8. Negara kota yang mengamalkan sistem raja berkuasa mutlak tidak mengamalkan sistem demokrasi.
9. Sistem tentera di Sparta pula pertahanan amat penting, anak lelaki dilatih menjadi askar yang handal dan patriotic.

b) Tamadun Rom.

1. Bermula dengan sistem raja berkuasa mutlak iaitu keturunan raja Etrucan (bukan keturunan Latin tempatan).
2. Patrician (bangsawan) mengetuai pemberontakan masyarakat Latin menjatuhkan raja Etruscan.
3. Kemudian dibentuk sistem Republik – dua konsul dilantik oleh Dewan Senat supaya tiada yang lebih kuasa. Konsul dibantu oleh Dewan Senat (bangsawan) bagi membincangkan hal pentadbiran dan perundangan. Konsul dilantik dikalangan ahli Dewan Senat yang biasanya praeotor (pemerintah tentera). Di bawah Dewan Senat ialah Dewan perhimpunan (semua rakyat Rom). Keputusan Dewan Senat disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.
4. Pemerintahan bercorak empayar ketika Julius Caesar – berlaku selepas perluasan kuasa ke Macedonia, Yunani, Mesir hingga ke Brittania dan Jerman. Wilayah kecil telah disatukan di bawah pentadbiran pusat. Julius bergelar maharaja menjadi diktator dengan menguasai tentera dan Senat.
5. Maharaja Augustus membentuk empayar keamanan Rom (Pax Romana) meliputi benua Asia, Afrika dan Eropah.

c) Tamadun India.

1. Dua bentuk kerajaan – kerajaan kecil ( kepuakan/tiada raja ) dan kerajaan besar ( diketuai raja seperti kerajaan Kashi, kosala ).
2. Raja bekuasa mutlak diperkukuhkan dengan kepercayaan raja suci dan harus dihormati. Brahim menjadi penasihat raja dan Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi.
3. Pemerintahan empayar – Raja Maurya menjadi maharaja. Empayar ini meliputi dari Teluk Benggala ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negaranya ialah Pataliputra.
4. Kegemilangan Dinasti Maurya ketika pemerintahan Asoka telah menamatkan perang Kalinga, membentuk kedamaian menakluk melalui penyebaran agama Buddha dan membentuk birokrasi pentadbiran.

d) Tamadun China.

1. Sistem feudal bertukar kepada pentadbiran pusat kerana perluasan kuasa empayar Dinasti Chin.
2. Konsep raja menjadi maharaja.
3. Maharaja membentuk birokrasi awam dan melantik pegawai dikalangan rakyat. Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perhikmatan awam berasaskan peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan oleh Dinasti Han, tokoh pentingnya ialah Shih Huang Ti.

(3) Perundangan.

a) Tamadun Yunani.

1. Dewan Perhimpunan menggubal undang- undang.
2. Plato dalam bukunya Republik mengatakan negara harus diperintah oleh ahli falsafah.
3. Katanya ahli falsafah berupaya menggubal undang – undang.

b) Tamadun Rom.

1. Hukum kanun 12 ialah undang- undang ynag pertama.
2. Ia dipahat pada kayu papan 12 dan diletakan di tempat awam.
3. Lahir pada zaman Republik, kemudian Maharaja Justinian mengemaskini dan membukukannya.
4. Beliau akhirnya melahirkan Kod Undang – undang Rom yang dikenali sebagai Undang – undang Justinian.

c) Tamadun India.

1. Dharma Sastra ialah kitab undang – undang Hindu tertua.
2. Raja memelihara kesucian undang – undang.
3. Denda kesalahan bergantung keseriusan kesalahan.
4. Brahmin dominan dalam hal undang – undang kerana mereka mahir berkaitan hal keagamaan.
5. Ketika Dinasti Maurya – undang – undang disampaikan sebagai titah perintah diraja yang diukir pada tiang Asoka yang berpegang kepada kesejahteraan rakyat.

d) Tamadun China.

1. Dua prinsip utama – hukuman berat dan bercorak kolektif.
2. Undang – undang berasaskan falsafah Legalisme yang digubal dan diperkenalkan olek Han Fei Tzu yang menyatakan undang – undang tegas dapat mengawal tingkahlaku manusai.
3. Undang – undang tiada belas kasihan dan penguatkuasaannya perlu dipelihara.
4. Sebaliknya ajaran Confucius menekankan raja berpekerti baik dan menjaga keharmonian.

(4) Perluasan kuasa

a) Tamadun Yunani

1. Philip II – menyatukan Macedonia dan Yunani.
2. Alexander The Great – menguasai Parsi, Mesir, Turkistan Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.
3. Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik (campuran budaya Yunani, Parsi, dan budaya timur yng lain) ke Itali, Iskandariah dan Antioch.
4. Empayar Yunani berakhir dengan kematian Alexander dan munculnya empayar Rom.

b) Tamadun Rom

1. Augustus Caesar – mengubah sistem republik menjadi sistem empayar yang meliputi Britain, Sepanyol, Sg Rhine, Sg Danube, Laut Hitam, Turki dan Palestin.

c) Tamadun India

1. Chandragupta Maurya mempunyai tentera yang besar untuk menguasai India Utara, Punjab dan sempadan India Barat.
2. Anaknya Bindusara meluaskan ke Mysore di selatan India.
3. Asoka lebih lembut dan menekankan agama Buddha.
4. Ketika Asoka seluruh India berjaya ditakluk hasil kemenangan dalam Perang Kalinga.

d) Tamadun China

1. Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.
2. Beliau memerintah secara automatik ( tegas dan mutlak ).
3. Bangsawan dihapuskan dan gabenor serta panglima tentera dilantik mentadbir wilayah.
4. Beliaumembina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar.
5. Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han ) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan dan keamanan China diwujudkan.

(5) Peningkatan ekonomi.

a) Tamadun Yunani.

1. Semua negara kota kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana bumi bergunung – ganang tidak sesuai untuk pertanian. Kesannya perdagangan melalui jalan laut dengan wilayah luar dijalankan. Mulanya perdagangan pesisir pantai seperti dengan Mesir, Syria.
2. Athens dan Corinth kekurangan makanan kerana kurang tanah pertanian, maka mereka mendapatkan makanan dari kawasan selatan dan Laut Hitam.

3. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang dari timur.

4. Cukai yang dikenakan di sini telah menaikkan harga barang, kesannya ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria pada zaman Gracco – Rom.

b) Tamadun India.

1. Perdagangan dalam kerajaan Maurya seperti di Anga dan Kalinga – barangannya seperti senjata, emas, gading gajah.
2. Perdagangan antarabangsa dengan Macedonia, Sri Langka, Asia Tenggara – pelabuhan terlibat : Tamralipti, Cambay,.
3. Wujud persatuan perdagangan (sresthin) di setiap Bandar – seperti Persatuan Tukang Kayu, tukang Logam.
4. Matlamat persatuan ini, mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja – persatuan ini dikawal oleh raja.
5. Mata wang emas digunakan ketika zaman Gupta.
6. Perusahaan utama – sutera (di Bengal), kain kapas, emas.
7. Cukai hasil perdagangan buah – buahan dan pertanian dikutip untuk menyara tentera, pentadbir dan raja.
8. Zaman Gupta – memperoleh rempah dari alam Melayu, tembikar dari China.

c) Tamadun China.

1. Kemajuan pertanian menambah hasil petani seperti kolar kuda menarik tenggala untuk membuat batas, penyisir tanah , tanaman bergilir, teres bukit dan terusan.
2. Perusahaan tembikar, logam, sutera (zaman Dinasti Han) – didagang ke alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
3. Mula – mula melalui Jalan Sutera (darat), kemudian Jalan Laut (Dinasti Tang).
4. Di China muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai golongan pertengahan kesan perdagangan dalam negeri, ia turut memajukan pengangkutan di China seperti jalan raya, jambatan, kereta kuda dan kereta lembu.

(6) Pendidikan

a) Tamadun Yunani

1. Di Athens – pendidikan bertujuan melahirkan manusia seimbang (rohani dan jasmani) seperti aktiviti pendidikan, sukan, sastera, pidato, muzik, menulis.
2. Di Sparta – pendidikan untuk melahirkan tentera yang gagah dan setia kepada negara kota (kemahiran fizikal dan senjata amat dipentingkan).
3. Banyak sekolah falsafah dibina seperti di Athens, Thebes yang melahirkan sejarawan seperti, Herodotus, pemikir sains seperti Thales, Anaxagoras.

4. Athens menjadi pusat cendiakawan penting ketika pericles.

b) Tamadun Rom

1. Mereka menyerap unsur Yunani pada peringkat awal.
2. Pendidikan mementingkan aplikasi pratikal ilmu – contohnya membina infrastuktur dan kemudahan awam.
3. Pendidikan ini melahirkan jurutera pengairan, bangunan.

c) Tamadun India

1. Pendidikan bermula pada zaman Vedik yang mementingkan agama Hindu yang mendominasi oleh kaum lelaki.
2. Mereka menggunakan kitab veda dalam bahasa Sanskrit.
3. Keadah yang digunakan ialah menghafal kitab Veda.
4. Tumpuan pendidikan ialah agama (persediaan selepas mati ).
5. Pendidikan awal terdapat di istana dan rumah.
6. Kemudian lahir sistem pendidikan tinggi di kolej Brahman, universiti agama Buddha di Nalanda.
7. Untuk menjadi Brahmin mereka harus menghafal Veda yang menggandungi peraturan ritual, mentera dan lagu – lagu agama, mempelajari karya saintifik dan falsafah.
8. Zaman seterusnya pendidikan untuk meningkatkan ilmu sains, mengatasi buta huruf dan mendapat jawatan kerajaan.

d) Tamadun China

1. Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam.
2. Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi.
3. Peringkat rendah – mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci.
4. Peringkat menengah – menumpukan karangan dan sastera.
5. Peringkat tinggi – menterjemah buku suci.
6. Peperiksaan awam 3 tahap – Hsiu Tai (ijazah pertama), Chun – Jen (sarjana) dan Chin Shih (doctor falsafah).
7. Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2 di ibu kota daerah dan tahap 3 di ibu kota empayar (di istana / di hadapan Maharaja).
8. Peluang kerjaya – menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan menjadi pendidik.
9. Waktu peperiksaan – tahap 1(3 tahun 2 kali), tahap 2 dan 3 (3 tahun I kali).

(7) Falsafah

a) Tamadun Yunani

1. Ahli falsafah seperti Herodotus, Socrates, Aristotle, Plato.
2. Isu utama – nilai individualisme, kehidupan manusia, demokrasi.
3. Herodotus ialah bapa sejarah, karyanya ialah „ History of Persian War?.
4. Thucydides seorang pengasas sejarah saintifik, karyanya ialah „ History of the Peloponnesia War?.
5. Falsafah Yunani mengajar manusia berfikir secara rasional dan sikap ingin tahu.
6. Plato dalam buku republik menyatakan masyarakat dan negara yang baik di perintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.
7. Aristotle (guru Alexander the Great) – membincangkan cara berfikir yang teratur.

b) Tamadun Rom

1. Mengambil falsafah Yunani contohnya falsafah Rom (stoisisme) diasaskan oleh Zeno (ahli Yunani).
2. Falsafah ini mengajar kebahagian dan nasib manusia bergantung kepada alam, penekanan kepada keadilan, tanggungjawab, keberanian dan perikemanusiaan.

c) Tamadun India

1. Falsafah terawal di dunia direkod ialah falsafah India.
2. falsafah mereka bersumberkan kitab Veda seperti Rig Veda, Yajur Veda, Upanishad.
3. Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran seperti Carvaka, Buddhisme.

d) Tamadun China

1. Falsafah China menekan hubungan manusia dengan manusia. Sumber utama – Confucianisme, Taoisme, Mo Tzu, tetapi Mo Tzu (Mencius) menolak Confucianisme.

2. Mo Tzu menekankan hubungan manusia dengan alam sekitar.

3. Falsafah Legalisme pula berasaskan fahaman „?hanya undang – undang akan memberi nilai baik??.

(8) Sains dan Teknologi.

a) Tamadun Yunani

1. Thales telah mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba.
2. Pythagoras – memperkenalkan Teorem Pythagoras dan mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon.
3. Hippocrates – Bapa Perubatan.
4. Archimedes – ahli matematik dan fizik, teorinya ialah isipadu air dan gravity.
5. Ptolemy – ahli astronomi Yunani.
6. Sistem angka Yunani ialah herodianic dan ionic.

b) Tamadun Rom.

1. Boethius – mendapat pengaruh matematik Yunani, beliau mengaitkan matematik dengan muzik, geometri, astronomi.
2. Ilmu pelayaran (ciptaan perahu layar) – memajukan perdagangan dengan Yunani, India dan China.

c) Tamadun India

1. Ilmu astronomi diambil daripada kitab Rig Veda.
2. Ilmu matematik India seperti konsep geometri, angka Brahmin, angka Kharosti.
3. Ilmu perubatan – berkaitan dengan fisiologi (yoga).

d) Tamadun China

1. China menganggap astronomi ialah ilmu sains negara.

2. Ilmu perubatan – berkaitan konsep Yin Yang (keseimbangan membolehkan manusia sihat).

(9) Seni Bina.

a) Tamadun Yunani.

1. Aeropolis oleh Pericles – atas tujuan keagamaan dan pusat kegiatan.

b) Tamadun Rom.

1. Aqueduct – bekalan air.
2. Colloseum – pahlawan bertarung dan teater.

c) Tamadun India.

1. Stupa Besar di Sanchi – tujuan keagamaan.
2. Great Bath – binaanya baik dan lengkap.
3. Kompleks kuil di Gua Ajantha dan Gua Ellora – bercirikan agama Buddha/Hindu.
4. Menara pelbagai bentuk – kon, kubah dan pagoda.

d) Tamadun China.

1. Tembok Besar China – kubu pertahanan sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.
2. Bandar purba tembok batu – Changan, anyang, Peking.
3. Mereka turut menggunakan tanah liat, batu – bata, pintu gerbang, parit besar, menara.
4. Kota Larangan – istana maharaja yang banyak dewan. (balai penghadapan, temapt hukuman, keraian) dan taman.
5. Kuil dan Pagoda – temapt tinggal, ruang tamu, pemujaan.

(10) Bahasa dan Kesusasteraan.

a) Tamadun Yunani.

1. Hesiod – penyair dan penulis puisi Theology dan Works and Days.
2. Homer – menghasilkan Lliad dan Odyssey.
3. Tulisan orang Phoenecia tersebar di Yunani ( ditambah huruf vokal ), kemudian ko Rom dan Asia Tenggara (huruf rumi).

b) Tamadun Rom.

1. Penulis dan penyajak patriotisme – Cicero dan Virgil

c) Tamadun India.

1. Masyarakat Dravidia – bahasa Telegu, Malayalam.
2. Masyarakat Indon – Arya – bahasa Sanskrit yang melahirkan bahsa Hindi, Urdu, Punjabi.
3. Sastera India terbahagi 3 iaitu vedik, epik dan sajak.
4. Epik Mahabharata dan Ramayana – mengenai tentera baik dan tentera jahat.

d) Tamadun China .

1. Wujud dialek – Mandarin, Wu, Hakka, Kantonis.
2. Ssu – ma Chien mencipta karya sastera prosa „?Shih Chi??
3. Tokoh puisi – Tu Fu, Li Po (semasa Dinasti Tang).
4. Ketika Dinasti Han – terpelajar perlu mampu bersajak.

(11) Sistem Sosial.

a) Tamadun Yunani.

1. Di Athens terbahagi 3 kumpulan – warganegara (ada hak politik), bukan warganegara dan hamba (tiada hak politik).
2. Di Sparta 3 kelas – warganegara tulen, pekerja/artisan/pedagang, helot (penguasaha tanah / majoriti).

b) Tamadun Rom.

1. Terbahagi tiga – warganegara (orang Rom), bukan warganegara (penduduk taklukan) dan hamba.

c) Tamadun India.

1. Sistem 4 kasta utama – Brahmin, Ksyatria, Vaisya, Sudra.
2. Perkahwinan lelaki/wanita dan bercampur gaul kasta berbeza tidak dibenarkan.

d) Tamadun China.

1. Terbahagi 3 kelas utama – atasan (pentadbir seperti maharaja dan keluarganya, bangsawan dan sida – sida ), rakyat bawahan (petani, artisan), dan hamba.Kumpulan dua dan tiga ialah kumpulan sokongan.
2. Confiucius membahagikan 4kelas – teratas (sarjana/pegawai), ke-2(petani), ke-3(tukang), terbawah(pedagang).
3. Setiap individu boleh bertukar kelas.

(12) Sumbangan tamadun kepada dunia hari ini

a) Tamadun Yunani.

1. Demokrasi – rakyat terlibat secara langsung.
2. Kesan di Malaysia – demokrasi berparlimen.
3. Aristotle, Socrates, Plato menjadi rujukan falsafah moden.
4. Karya Iliad masih dirujuk.
5. Teknologi matematik dan sains masih diterima pakai.

b) Tamadun Rom.

1. Republik- sistem 2 konsul.
2. Zaman kini di India, Perancis dan Afrika Selatan – mempunyai unsure demokrasi memilih president.
3. Aqueduct, Collosium menjadi sumber pelancongan.
4. Bahasa Latin digunakan agama Kristian.
5. Sukan Olimpik terus diadakan 4 tahun sekali hingga kini.

c) Tamadun India.

1. Agama Buddha dan Hindu hingga kini.
2. Stupa, candi dan pagoda menjadi sumber pelancongan.
3. Bahasa Sanskrit digunakan agama Hindu/Buddha.
4. Karya Ramayana Mahabharata masih dirujuk.

d) Tamadun China.

1. Confucianisme dan Taoisme menjadi amalan hingga kini.
2. Tembok Besar China menjadi sumber pelancongan.
3. Mewariskan teknologi kertas dan tembikar.
4. Sistem peperiksaan awam diteruskan dan diubahsuia.

(13) Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia.

a) Agama Hindu

1. Perkataan Hindu mulanya merujuk penduduk di Sg Sindhu (Indus).
2. Kemunculan agama ini tidak dapat dikenalpasti. Dikatakan muncul ketika tamadun Indus dan kian jelas pada zaman Vedik dengan adanya kitab Veda (pegangan Hindu ).
3. Percaya tuhan 3fungsi – Brahman (mencipta), Vishnu ( memelihara) dan Siva (membinasa).
4. Enam aliran agama ini ialah Saivisme, Vaishnavisme, Saktham, Ganapathyam, Kaumaram dan Saura.
5. Hindu didominasi golongan Brahmin.
6. Zaman Gupta ialah zaman kegemilangan Hindu, zaman Maurya dan Asoka pula Buddha menjadi saingan Hindu.
7. Hukum Karma – berkaitan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati, kelahiran ini bergantung Karma (kelakuan baik/buruk ketika hidup).
8. Tujuan hidup untuk mencapai Moksya (kebebasan mutlak ), sesiapa mencapai Moksya akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir ke dunia.
9. Syarat mencapai Moksya perlu berbuat bsik semasa hidup.

b) Agama Buddha

1. Diasaskan oleh Siddharta Gautama (dikenali Buddha).
2. Kemunculannya kesan penentangan golongan Ksyatria terhadap Brahmin dalam hal agama.
3. Sistem kasta yng ketat menyebabkan Gautama mencari kebenaran dengan bertapa di bawah pokok bodhi di Uruveda. Kebenaran yang di temuinya dipercayai akan melepaskan diri manusia daripada kesengsaraan.
4. Asas ajarannya ialah empat kebenaran mulia (kesengsaraan dan kepehitan hidup adalah lumra, kesengsaraan berpunca daripada nafsu memperoleh kekayaan, cara mengelak kesengsaraan dengan mengatasi nafsu, cara menamatkan kesengsaraan dengan “Jalan Lapan Lapis Mulia”).
5. Empat kebenaran dapat dicapai melalui lapan jalan, antaranya pengetahuan yang baik, membuat amalan suci seperti bersedekah.
6. Kegemilangan agama ini ketika zaman Asoka, ia menjadi agama rasmi kerajaan Maurya dan berkembang ke Tibet, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China.
7. Agama ini menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka.

c) Agama Kristian.

1. Diasaskan oleh Jesus Crist yang berasal dari Jerusalem.
2. 25 Disember tarikh lahir Jesus (Hari Natal ).
3. Dua kitab suci (Old Testament dan New Testament) dikenali sebagai Bible.
4. Pada mulanya agama ini mendapat tentagan orang Eropah termasuk pemerintah Rom. Sebelum kedatangan Kristian orang Eropah majoritinya adalah pagan (tiada agama).
5. Kristian diterima pada zaman Rom semasa pemerintahan Constantine. Beliau mengecualikan kerja berat kepada mereka yang menjalankan aktiviti agama ini.
6. Hari Ahad dikhaskan kepada aktiviti agama.
7. Agama ini terus berkembang dari Zaman Rom dikenali Empayar Kristian, kejatuhan Rom tidak meruntuhkan Kristian malah terus kukuh ketika Zaman Pertengahan.

d) Agama Islam.

1. Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril di Gua Hira.
2. Islam ditentang oleh kaum Quraisy Makkah dan nabi pun berhijrah ke Madinah. Islam bertapak kuat bermula di sini.
3. Dua teras agama ini ialah akidah (keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah) dan syariah (undang – undang yang terkandung dalam Al-Quran dan as – sunnah).
4. Orang Islam wajib yakin Rukun Iman dan Rukun Islam.

e) Confucianisme.

1. Diasaskan oleh Confucius yang lahir di Lu.
2. Beliau menjadi pegawai kerajaan di Lu, tetapi meletakkan jawatan – mengembara menyebar idea kepada orang China.
3. Beliau di sembah sebagai salah satu dewa orang China.
4. Ajarannya menekankan prinsip moral tinggi yang didapati daripada pendidikan seperti perimanusiaan (ren), kesusilaan (li), taat ibubapa (xiao).

f) Taoisme.

1. Pengasasnya Lao Tze yang lahir di Chu.
2. Bekerja di Chou kemudian mengembara menyebar idea.
3. Bukunya Tao Te Ching – mengandungi falsafah Taoisme.

4. Ajarannya seperti konsep Tao (jalan) – setiap tindakan ditentukan oleh Tao, maka manusia tidak boleh bertindak terhadap apa- apa yang berlaku pada alam (wu – wei ), jika bertindak manusia akan merosakkan dunia.
Baca Lagi...

BAB1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

(1) Zaman Prasejarah

a) Apakah Zaman Prasejarah

1. Zaman ini manusia belum mengenali tulisan.
2. Kajian zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi.
3. Empat tahap zaman ini ialah Zaman Paleotik , Mesolitik , Neolitik dan Logam.
4. Zaman Logam terbahagi dua iaitu zaman gangsa dan besi.

b) Ciri –ciri Zaman Paleolitik dan Mesolitik

1. Hidup secara nomad – berpindah randah.
2. Tempat tinggal – tepi tasik/sungai dan dalam gua.
3. Cara hidup – kelompok keluarga dan berkumpulan
4. Menyara hidup – menangkap ikan , memburu binatang, memungut hasil hutan.
5. Alat –alat batu – lebih kasar yang mengutamakan fungsinya bukan nilai seni

c) Ciri–ciri Zaman Neolitik

1. Hidup menetap dalam kelompok besar dan ternak binatang .
2. Menyara hidup – bercucuk tanam dan ternak binatang .
3. Mempunyai bahan tembikar .
4. Alat – alat batu – lebih halus/licin dan pelbagai fungsi.
5. Mula mewujudkan pengkhususan kerja.
6. Hasil artifak mereka lebih baik.
7. Pada akhir zaman ini, mula melebur logam.
8. Sistem barter berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan.

d) Ciri – ciri Zaman Logam.

1. Zaman ini terbahagi dua iaitu zaman Gangsa dan Besi.
2. Penggunaan besi menghasilkan ciptaan perahu dan rumah.
3. Mereka mula meneroka laut.
4. Mereka menjalankan perdagangan maritime (antarabangsa).
5. Petempatan mula membesar menjadi kota/bandar.
6. Mereka juga mula membina kota pertahanan.
7. Contoh Bandar – Catal Huyuk di Turki, Jericho di Jordan.

(2) Tamadun Manusia

a) Apakah makna tamadun

1. Tamadun bererti peradaban.
2. Perkataan TAMADUN daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana. Rumusannya bermaksud ‘tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar’.
3. CIVILIZATION ( dalam bahasa Inggeris) daripada perkataan Greek iaitu civitas bermaksud bandar.
4. Konsep tamadun barat ialah pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti undang – undang dan pembandaran.
5. Orang barat menolak kemajuan rohaniah.
6. Konsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah, Islam juga mengambil kira kemajuan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.
7. Orang barat yang menyokong kemajuan rohaniah ialah Richard Sullivan.

b) Ciri–ciri tamadun

1. Pembentukan tamadun – hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.
2. Petempatan kekal – corak hidupnya sistematik, bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian dan penternakan, menyimpan makanan dan mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi pengairan dan lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk.
3. Kehidupan berorganisasi – merangkumi sosial, ekonomi dan politik. Hidup mereka stabil dan makmur, bermula dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai. Sistem sosial berbentuk piramid, bangsawan diketuai oleh raja (atas sekali) pembesar seperti ahli agama, ketua keluarga/kelompok, pentadbir,ilmuan, pakar seni(kedua), rakyat biasa seperti petani dan pedagang (ketiga) dan hamba (bawah sekali).
4. Sistem Pemerintahan – untuk menjalankan pentadbiran. Ketua menggunakan unsur magis dan dianggap wakil tuhan. Perundangan dicipta untuk keamanan dan kemakmuran.
5. Pengkhususan pekerjaan – berlaku kesan kestabilan politik. Barang terhasil kerana kepakaran kumpulan tertentu. Kemudian berlaku system barter, kemudian berlaku perdagangan, pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, budaya dan hubungan dengan tamadun luar.
6. Agama dan kepercayaan – manusia mula dengan kepercayaan Animisme. Mereka percaya kuasa ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka menyembah pokok dan matahari. Kemudian mereka beragama, bermula dengan menyembah lebih dari satu tuhan (politeisme).
7. Bahasa dan tulisan – bahasa terawal seperti heogrolif,cuneiform dan ideogram. Kepentingan bahasa dan tulisan ialah memperkembangkan ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran, keagamaan, idea dan pemikiran.

(c) Bagaimanakah proses pembentukan tamadun berlaku.

1. Bermula dengan penyesuaian manusia dan alam sekeliling.
2. Manusia memilih lembah sungai untuk petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian, air dan pengangkutan.
3. Contoh tamadun di lembah sungai ialah Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates, Mesir purba di sungai Nil, Indus di sungai Indus dan Hwang Ho di Sg. Hwang Ho.

(3) Tamadun Mesopotamia

(a) Dimanakah lokasi tamadun Mesopotamia

1. Tamadun paling awal.
2. Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai.
3. Terletak di sungai Tigris dan Euphrates yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi.
4. Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Paarsi di selatan.

b) Bilakah tamadun Mesopotamia berlaku

1. Bermula daripada zaman Neolitik.
2. Kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi.
3. Selepas kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia.

(b) Proses pembentukan tamadun Mesopotamia

1. Terbahagi dua iaitu utara dan selatan Bandar Baghdad.
2. Tamadun bermula di selatan iaitu Sumer.
3. Ia dimulakan oleh masyarakat Neolitik.
4. Kemudian orang Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan pendudukan.
5. Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang sungai dan terusan.

d) Ciri- ciri tamadun Mesopotamia

1. Negara Kota:

Mempunyai kawasan utama – iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
Kubu pertahanan – lengkap dengan pelbagai pintu gerbang.
Dalam kota – ada istana, rumah kediaman, rumah ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar.
Pusat kota – ialah rumah ibadat.
Pengangkutan – seperti kapal, pedati dan keldai.
Hubungan luar – melalui jalann laut, Bandar dan negara kota.

2. Organisasi sosial:

Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat .
Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta , ketua tentera , dan bangsawan .
Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas (seperti petani, artisan, pedagang) dan hamba (tawanan perang).

3. Sistem pemerintahan:

Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota.
Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali raja Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar “ Raja Empat Penjuru Alam.
Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta.
Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat.
Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara.
Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan.
Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga.

4. Pengkhususan kerja:

Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian.
Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga , pedagang.
Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus .
Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah.
Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka.
Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk.
Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh.

5. Sistem Tulisan :

Ia bermula dalam bentuk gambar.
Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas.
Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform.

e) Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia

1. Kod Undang –undang Hammurabi:

Ia digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon.
Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
Ia dipahat pada tembok dan tiang besar.
Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia.
Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan.

2. Hasil Tulisan:

Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit, nota dan surat kredit
Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.

3. Ilmu pengetahuan:

Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah, tolak , darab ,dan bahagi .
Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut.
Kalendar mereka berasaskan system solar (12 bulan satu tahun ).
Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan .

4. Pengangkutan:

Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir .
Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean.

5. Seni bina:

Mereka membuat batu –bata dari tanah liat.
Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes.
Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat.

6. Empayar pertama dunia:

Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia) yang menyatukan wilayah –wilayah kerajaan Sumeria.
Beliau juga membentuk masyarakat berestika.

7. Perpustakaan diraja:

Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh.

(4) Tamadun Mesir Purba

a) Dimanakah lokasi tamadun Mesir Purba.

1. Di tebing sungai Nil dari utara Mesir ke Laut Mediterranean.

2. Sg Nil berpunca dari sg Nil Biru dari Ethiopia dan sg Nil putih dari Uganda.

3. Tanah Sg Nil amat subur untuk pertanian dan petempatan.

b) Bilakah tamadun Mesir Purba berlaku.

1. Bermula daripada zaman Neolitik .

2. Kemudiannya di sekitar delta dan bahagian pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal.

3. Tamadun terbahagi empat zaman iaitu zaman awal , zaman pertengahan , empayar dan keruntuhan.

4. Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh orang asing seperti orang Libya , Assyria , Parsi , Yunani dan Rom.

c) Proses pembentukan tamadun Mesir Purba.

1. Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia zaman Gangsa.

2. Alat logam membantu mereka membina parit dan pengairan.

3. Ia membantu menyuburkan tanah pertanian dan pertempatan.

4. Beberapa kampung kemudian membentuk Bandar dan seterusnya daerah.

5. Akhirnya daerah –daerah dicantumkan dengan salah sebuah Bandar seperti Memphis dan Thebes membentuk pusat pentadbiran Tamadun Mesir .

d) Ciri-ciri tamadun Mesir Purba 1. Pusat pentadbiran Firaun:

Firaun Menes menyatukan semua daerah di bawah satu pusat pentadbiran di bandar Thinis.
Kemudian berpindah ke Bandar Memphis, Thebes , Heliopolis, Fayoum dan Abydos .
Di pusat Bandar terdapat kediaman Firaun, pusat pentadbiran, pelabuhan dan keagamaan.

2. Organisasi masyarakat.

Firaun (atas sekali ) – raja berkuasa mutlak, dianggap sesuci, diwarisi turun – temurun . Antara gelaran Firaun –Tuhan Horus , Raja Matahari , (dipercayai anak tuhan matahari iaitu Amon –Re ) . Ia juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan .
Selepas Firaun – bangsawan, rahib, tuan tanah dan jurutulis.
Kemudian rakyat bebas – petani, pedagang, artisan.
Hamba (bawah sekali).

3. Sistem pemerintahan :

Diterajui oleh Firaun yang di bantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengagih dan mengurus hasil makanan .
Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
Kemudian Rahib yang mengawal hal keagamaan.
Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis (orang awam yang dilantik untuk menulis rekod kerajaan).
Wanita pernah menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian dan terusan.
Pemerintahan firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan, hingga ke Syria.

4.Pengkhususan kerja :

Contohnya menenun, membuat tembikar, melombong emas di Nubia.
Eksport Mesir – seperti tekstil, kertas.
Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari Laut Mediterranean dan Laut Merah berlabuh di pelabuhan Thebes, Memphis.

5.Konsep politeisme dalam agama

Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit).
Mereka percaya hidup selepas mati – mayat disimpan rapi, lengkap dengan alat dan keperluan hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang disertakan mengikut status mayat.

6. Sistem tulisan

Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif.
Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
Tulisan digunakan untuk mencatat rekod pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan.

e) Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba.

1. Seni bina

Seni bina piramid hasil ilham Imhotep (saintis, ahli fizik, arketik, perubatan, pengarang, dan penasihat firaun ).
Imhotep membina bangunan menggunakan batu- bata.

2. Kertas :

Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus.
Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa (penulisan) menggantikan kepingan batu bata.

3. Tulisan:

Tulisan hiegrolif terpahat pada makanan dan batu.
Tulisannya amat halus, cantik dan seni.

4. Pendidikan:

Untuk kanak- kanak keluarga atasan dan diberikan sejak umur rendah.
Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh kerajaan.
Tujuan pendidikan melahirkan pegawai kerajaan khasnya jurutulis terlatih.

5. Ilmu perubatan:

Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.
Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan.

6. Ilmu Matematik:

Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian, bekalan air dari Sg. Nil, bangunan dan pyramid.
Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir .
Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian hasil kemajuan pengairan.
Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 bulan setahun.

(5) Tamadun Indus

a) Dimanakah lokasi tamadun Indus

1. Tamadun terawal di India terletak di Sg. Lembah Indus (barat laut India).

2. Sungai ini berpunca dari pergunungan Himalaya mengalir menuju ke laut Arab.

3. Tamadun ini juga di kenali sebagai tamadun Harappa.

4. Ia di kelilingi Bandaran Makran, Pergunungan Baluchisan, Punjab dan Rajasthan (timur), serta Kathiawar dan Gujerat (tengara).

b) Bilakah tamadun Indus berlaku .

1. Muncul 2500 S.M. dan merosot 1800 S.M.

2. Kemorosotannya disebabkan serangan orang Aryan , banjir , kemarau dan gempa bumi .c) Proses pembentukan tamadun Indus .

1. Bermula di barat laut India yang didiami oleh orang nomad yang memburu dan mengumpul makanan.

2. Kemudian wajud petempatan kekal kerana sumber air dan tanah yang subur di Lembah Indus.

3. Seterusnya hasil pertanian dan penduduk bertambah menyebabkan perkembangan Bandar seperti Mohenjo –Daro dan Harappa, serta pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor.

d) Ciri –ciri tamadun Indus .

1. Bandar terancang:

Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

Bahagian utama – mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat mandi awam, dan tempat menyimbah kawasan pertanian .
Bahagian kedua – kawasan perumahan.

Kemajuan Bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan. Ia juga hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
Bandar di sini berasaskan blok –blok segi empat yang dipisahkan antara blok oleh jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lain
Bandar ini lengkap dengan sistem kumbahan.
Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.

2. Organisasi sosial:

Terbahagi dua golongan, atasan dan bawahan.
Golongan atasan ialah pendeta, pedagang.
Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya.
Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini.
Golongan bawahan ialah petani dan buruh.
Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.
Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan Bandar, membina tembok dan terusan.

3. Pengkhususan pekerjaan:

Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan, pertanian,pertukangan , dan pembuatan .
Perdangangan luar sehingga ke Mesopotamia, buktinya cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia.
Hasil dagang seperti emas, gading, manik dan pertanian.
Petani menanam barli dan kacang.
Artisan menghasilkan barang logam dan tembikar.

4. Amalan agama:

Patung proto – Siva (seseorang yang duduk bersila dan ada tiga tanduk di kepala) melambangkan dewa Brahma, Siva dan Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama Hindu.
Mereka juga percaya Tuhan ibu sebagaimana masyarakat Mesopotamia, Syria, Palestin.

5. Sistem tulisan:

Sistem tulisan mereka berbentuk piktograf tetapi ia masih misteri dan belum dapat ditafsirkan.

e) Apakah sumbangan tamadun Indus.

1. Perancangan Bandar:

Kepakaran mereka ialah menentukan letakan bandar.
Merancang Bandar memerlukan kemahiran ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan.
Mereka mempunyai bahan binaan bermutu, di mana batu – bata daripada tanah liat dibakar pada suhu tinggi.

2. Sifat keterbukaan:

Sikap terbuka menyebabkan mereka berhubung dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir Purba.
Hubungan ini membawa kepada pertukaran teknologi yang disesuaikan dengan keadaan tempatan.

(6) Tamadun Hwang Ho

a) Dimanakah lokasi tamadun Hwang Ho

1. Muncul di Sg. Hwang Ho yang subur (utara China – dari tanah tinggi di barat hingga ke Teluk Bo Hai di timur)

2. Bersifat setempat kerana keadaannya bergunung – ganang dan padang pasir.

b) Bilakah tamadun Hwang Ho berlaku.

1. Bermula pada zaman paleolitik (jumpaan Peking Men).

2. Kemudian zaman Neolitik – bertani dan menternak.

3. Seterusnya Dinasti Hsia (dinasti pertama/belum dipastikan).

4. Selepas itu Dinasti Shang dan diganti pula oleh Dinasti Chao kerana kezaliman pemerintahan.

c) Proses pembentukan tamadun Hwang Ho.

1. Kesuburan Hwang Ho menyebabkan nomad menetap di sini.

2. Tapak Banpo berdekatan Badar Sian adalah petempatan awal penduduk Hwang Ho.

3. Mereka bertani, menternak dan berburu.

4. Kemudiannya muncul bandar seperti Anyang di Sg. Huan.

5. Ketika disnati Shang – berlaku perluasan wilayah dan penyebaran budaya di Lembah Hwang Ho.

6. Ketika Dinasti Chao- meluas ke selatan Sg. Yangtze.
d) Ciri – ciri tamadun Hwang Ho.

1. Negara Kota :

Perkembangan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar seperti negara kota Anyang di Sg. Huan.
Di sini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.
Raja, pembesar dan golongan agama tinggal di Bandar ini.
Bandar Anyang lengkap dengan tembok penghalang musuh dan dikelilingi perkampungan petani.

2. Organisasi sosial:

Lapisan atas – raja (teraju) dan pembesar
Lapisan bawah – petani (luar Bandar disekelilingi kota), dan artisan (mahir teknologi gangsa seperti membuat senjata, perisai dan hiasan).
Lapisan paling bawah – hamba.

3.Pengkhususan pekerjaan:

Pembesar mempunyai tentera kereta kuda dan berjalan kaki.
Petani memenuhi keperluan golongan atasan.
Golongan artisan mencipta tembaga (bekas minuman dan makanan), senjata dan tembikar.
Hamba sebagai tentera paksaan dan buruh upacara korban dan penyembahan.

4) Sistem pemerintahan Dinasti Shang:

Pengganti raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja.

Raja berkuasa di pusat pentadbiran.

Raja mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik.

Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

Bagi wilayah diluar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah. Maka bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang – undang.

Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chao.

5. Sistem pemerintahan Dinasti Chao:

Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah – wilayah.
Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan.
Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja dan diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
Mereka juga melindungi raja dan menyediakan tentera ketika perang.
Pembesar ini juga menjadi ketua agama.

6. Keagamaan:

Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme.
Maka mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.
Upacara agama menggunakan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh bomoh.
Mereka juga percaya tulang oracle yang boleh meramal sesuatu keadaan.
Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api hingga timbul rekahan yang boleh ditafsir olehnya.

7. Sistem Tulisan:

Rekahan tulang oracle telah memberi idea tulisan di negeri China yang berbentuk ideogram (tulisan simbol)
Pada mulanya tulisan ini berbentuk gambar seperti bulan, matahari dan sungai. Kemudian berubah seperti tulisan hari ini.

e) Apakah sumbangan tamadun Hwang Ho.

1. Pemerintahan Monarki:

Sistem ini berterusan hingga Dinasti Ching.
Beberapa perubahan berlaku seperti konsep maharaja.
Maharaja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat syurga.

2. Kemajuan pertanian:

Terusan dibina untuk mengairi tanaman dan mengelak banjir, ia dimajukan oleh Shih Huang Ti.
Teknologi membajak, cangkul dan sabit dicipta.
Petani telah mula menggunakan batas tanaman.
Kemudian alat pertanian kayu bertukar kepada besi.

3. Kemajuan tulisan:

Tulisan meluas dlam bidang penulisan dan pencetakan.
Tulisan digunakan di sekolah China dan berkembang ke Korea dan Jepun.

4. Kepercayaan:

Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang kekal sehingga kini mengikut kesesuaian masa seperti korban manusia diganti dengan makanan, duit kertas dan barang perhiasan.
Konsep Yin Yang (kuasa pasif dan aktif) serta Feng Hsui (keharmonian manusia dan alam sekitar) juga masih diamalkan hingga kini.

5. Sistem kelendar:

Kalendar Shang ada 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.
Raja menetukan musim menanam dan menuai mengikut kalendar.
Kalender penting untuk menentukan tarikh perkahwinan, memburu dan pengkebumian.

6. Falsafah perang Sun Tzu:

Karya The Art of War membicarakan hal perang bagi menangani musuh.
Ia telah diaplikasikan dalam urusan perniagaan.
Baca Lagi...

Friday, August 26, 2011

BAB 9: MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA


Dasar-Dasar Luar Malaysia
Perkembangan Dasar Luar Malaysia


Tahap Pertama: Tunku Abdul Rahman (1957–1970)

• Dasar pro-Barat yang antikomunis
• Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel
• Ia dilaksanakan disebabkan faktor politik,ekonomi dan sosial.
• Faktor politik merujuk kepada ancaman komunis.
• Malaysia mendapatkan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel.
• Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) 1956.
• Dasar berbaik dengan negara jiran disebabkan timbul krisis selepas Malaysia mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia,terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia.
• Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dan menubuhkan ASA 1961 dan Maphilindo pada 1962 serta ASEAN pada 1967.
• Faktor ekonomi pula memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain.
• kerana Malaysia anggota blok sterling,mengharapkan permintaan negara Barat
• terhadap hasil timah dan getah dan pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia.
• Bagi mengurangkan kebergantungan ini,Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas
• Mula membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Jepun.

Tahap Kedua: Tunku Abdul Razak (1972 -1976) & Tun Hussein (1976–1981)

• Mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
• Perubahan ini disebabkan kurangnya peranan AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di timur
• Ia juga kerana pergolakan yang berlaku di Vietnam.
• Mengisytiharkan ZOPFAN
• Menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China.
• Menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam pada 1976.

Dato Seri Dr.Mahathir Mohamad (1981–2003)

• Dasar tahap ini mengekalkan dasar tahap kedua tetapi memberi penekanan kepentingan ekonomi.
• Malaysia menjalin hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN,seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
• Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model pembangunan.
• Malaysia mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain menerusi
• lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri,Dato Seri Dr Mahathir ke negara Afrika,Amerika Selatan Caribbean dan Pasifik Selatan.
• Melalui siri lawatan ini,Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan dua hala.
• Malaysia menjalin hubungan dengan negara Dunia Ketiga.

Malaysia Dalam Pertubuhan Antarabangsa

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM);

• Dalam Sidang Kemuncak Ke-7 di New Delhi, Malaysia membuat usul isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Antartika (1 contoh sahaja)
• Dalam Sidang Kemuncak Ke-8 di Harare, Malaysia mengemukakan cadangan menghapuskan dasar apartied
• Dalam Sidang Kemuncak di Belgrade, Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden
• Malaysia menjadi ahli Kumpulan 16
• Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan ke-13 tahun 2003 yang membincangkan isu Palestin, isu Iraq dan usaha menghidupkan kembali peranan NAM (1 contoh sahaja).
• Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan penyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq.

Negara-Negara Selatan;

• Suruhanjaya Selatan-Selatan(3S) merupakan idea Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe.Dikenali juga negara Dunia Ketiga
• Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 (G15) pada tahun 1989.
• Sidang Kemuncak G15 pertama di Kuala Lumpur pada tahun 1990
• Projek 3S iaitu kerjasama dalam bidang sains dan teknologi, penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur.
• Malaysia terlibat dalam projek lain seperti penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global dan penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC);

• Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung yang pertama
• Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
• Terlibat dalam bantuan pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan
• Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad.
• Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia menyediakan peluang pendidikan
• Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas
• Memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam
• Menyelesaikan isu Palestin
• Menjadi tuan rumah Persidangan Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan takrif keganasan global pada tahun 2002.
• Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.
Baca Lagi...

BAB 8 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN


1. Cadangan Laporan Barnes:

• semua sekolah vernakular Melayu,Cina dan Tamil dibubarkan
• Digantikan dengan sekolah kebangsaan
• Pada peringkat sekolah rendah bahasa pengantar ialah bahasa Melayu
• Pada peringkat sekolah menengah dan peringkat yang lebih tinggi bahasa pengantar ialah bahasa Inggeris
• Tentangan terhadap Laporan Barnes – masyarakat Cina menganggap bahasa ibunda mereka akan tergugat

2. Cadangan laporan Fenn-Wu:

• Sekolah vernakular Cina terus kekal dan bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan

3. Cadangan Ordinan Pelajaran 1952:

• Dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
• Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada ibubapa
• Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di sekolah Melayu
• Masalah dalam pelaksanaan Ordinan Pelajaran – Tentangan masyarakat Cina , Tentangan masyarakat dan India , kekurangan kewangan dan ancaman komunis

4. Dua elemen penting Penyata Razak untuk memupuk perpaduan:

• Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
• Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan

5. Cadangan Penyata Razak:

• Penubuhan sekolah umum ( rendah ) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai pengantar
• Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
• Sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
• Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan diajar di semua sekolah

6. Syor/Cadangan Laporan Rahman Talib 1960:

• sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan
• sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
• pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama
• sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kapada bahasa Melayu
• Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah
• Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam
• Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
• Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan

7. Kajian Aminudin Baki:

• sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan
• menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah sehingga berumur 15 tahun
• memberikan pelbagai kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir sebagai persediaan untuk pasaran kerja
• kursus kemahiran yang diajarkan ialah perdagangan , sains rumah tangga , seni perusahaan dan sains pertanian
• mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa

8. Jawatankuasa Kabinet 1974:

Objektif penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974:

• menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara
• mengenalpasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih

Kandungan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974:

• penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
• kenaikan darjah secara automatik
• penekanan terhadap sekolah vokasional
• sukatan pelajaran sekolah swasta
• bahasa melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan
• penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin sebagai asas perpaduan

Kesan Laporan Jawatankuasa Kabinet:

• pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah ( KBSR ) 1982
• pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM ) 1988
• penekanan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

9 Kandungan/ Penekanan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

• memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
• melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
• melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
• memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

AKTA BAHASA KEBANGSAAN

Langkah/Usaha/Cara Memajukan Bahasa Melayu:

• Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
• Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa
• Pelancaran slogan “ Minggu Bahasa “ dan “ Bulan Bahasa
• Penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti Sekolah Alam Syah
• Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1967
• Menukarkan bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan secara berperingkat-peringkat
• Penubuhan Universiti Kebangsaan pada 1977
• Mulai 1982 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah menggantikan bahasa Inggeris
• Penggunaan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Sejarah penubuhan:

• Lahir daripada gagasan Kongres kebudayaan Kebangsaan yan dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1971

Tujuan Dasar Kebudayaan digubal:

• Menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia
• Bertujuan memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan
• Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
• Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan
• Memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan dari aspek kerohanian
• Mempertingkat kualiti kehidupan seimbang dengan pembangunan sosio ekonomi

Tiga Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan:

• kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
• unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai boleh diterima
• Islam sebagai unsur yang terpenting

SUKAN UNTUK PERPADUAN

Usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan generasi baru negara kita:

• penyertaan dalam sukan tanpa mengira ideologi
• dapat menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat
• aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja
• aktivit sukan membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka yang berminat pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti sukan yang digalakkan
• Majlis Sukan sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
• Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dua tahun sekali
• SUKMA dapat mengeratkan perpaduan antara kaum / hubungan antara negeri
WAWASAN 2020

Maksud Wawasan 2020:

• Merupakan gagasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020
• Dicetuskan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 1981

Matlamat wawasan 2020:

• Menjadikan Malaysia sebuah negara maju menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju
• Menitikberatkan kemajuan bersepadu

Kemajuan Bersepadu untuk menjadi negara maju berteraskan:

• perpaduan rakyat
• kestabilan politik
• ketinggian taraf hidup
• kekukuhan nilai moral dan etika
• kekukuhan sistem kerajaan
• ketinggian maruah bangsa
• semangat yakin diri bangsa

Sembilan Cabaran Wawasan 2020:

• Cabaran Pertama : Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

Perpaduan dapat dicapai melalui dasar kerajaan seperti dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Memberikan sumbangan ke arah mewujudkan hubungan antara kaum
Dapat mewujudkan rakyat yang beridentitikan Malaysia

• Cabaran Kedua : Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan

Bangsa yang gagah akan dapat memajukan negara dan mengangkat martabat bangsa dan negara
Musuh negara mudah ditangkis

• Cabaran Ketiga : Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang

masyarakat memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan
menggunakan hak-hak demokrasi dengan sewajarnya
perasaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan pemimpin disalurkan melalui saluran tertentu

• Cabaran Keempat: Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam membentuk masyarakat berbudaya unggul
kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang cemerlang
keberkesanan sistem pendidikan
keunggulan institusi kekeluargaan sumber pembinaan masyarakat bermoral
penekanan kepada melahirkan insan berilmu , berakhlak , seimbang dan harmonis

• Cabaran Kelima : Mewujudkan masyarakat yang matang , liberal dan bertoleransi

masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu
masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka serta menerima perubahan dan pandangan orang lain
dapat dilihat melalui perlembagaan negara , pengamalan sistem demokrasi , kewujudan parti politik gabungan pelbagai kaum seperti Barisan Nasional , Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan

• Cabaran Keenam : Membina masyarakat yang maju dan saintifik

masyarakat progresif yang dapat menyerap perubahan persekitaran untuk membina kecemerlangan
penguasaan masyarakat terhadap ilmu pengetahuan yang bertunjangkan sains dan teknologi ukuran kemajuan bangsa
mempunyai budaya ilmu yang menjana produktiviti dan amalan kreatif serta inovatif

• Cabaran Ketujuh : Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang

dicirikan dengan kehidupan masyarakat yang bermuafakat, saling memahami dan menghomati, bekerjasama dan saling membantu
masyarakat yang tidak individualistik
meletakkan kepentingan masyarakat lebih daripada kepentingan diri
asas masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilainilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan

• Cabaran Kelapan : Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya

Pelaksanaan dasar-dasar seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun , Rancangan Pembangunan Luar Bandar , Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
Dasar-dasar ini untuk memjamin keadilan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat

• Cabaran Kesembilan : Memupuk dan membina masyarakat makmur

Dicirikan oleh masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi
tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan
pendapatan isi rumah pendapatan negara berada pada tahap yang tinggi

Tanggungjawab pelajar dalam merealisasikan Wawasan 2020:

• mengekalkan perpaduan
• saling memahami dan menghormati
• memiliki daya kreatif dan inovatif
• bersikap terbuka
• bangga dengan apa yang dicapai
• menghayati Falsafah Pendidikan Negara
• berusaha mengekalkan kemajuan negara
• menjadi masyarakat yang berbuadaya penyayang
Baca Lagi...

BAB 7 : SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA


1. Institusi Raja Berperlembagaan dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong

(a) Konsep Raja Berperlembagaan

• Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi
• Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
• Sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia.
• Yang Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
• Yang di – Pertuan Agong di pilih daripada kalangan negeri raja Melayu daripada 9 buah negeri. secara bergilir-gilir
• Pemilihannya berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia

(b) Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia

• Yang di Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu badan perundangan (Legislatif), badan pemerintahan (eksekutif) dan badan kehakiman (Judisiari)
• Yang di Pertuan Agong berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen
• Yang di Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Baginda berkuasa mengampun dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
• Bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, dan kehormatan Raja- Raja Melayu
• Sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah
• Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri
• Berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah Undang-Undang X jika mendapati keselamatan negara terancam
• Berkuasa melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan

(c) Kepentingan Raja Berperlembagaan

• Merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka hingga kini
• Membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita
• Memberi keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang dinaungi raja

2. KONSEP NEGARA PERSEKUTUAN DAN FUNGSINYA

• Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan
• Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan serta beberapa buah kerajaan negeri.
• Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang yangdiperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

(a) Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia


Senarai Persekutuan

Memuatkan bidang kuasa Persekutuan iaitu hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadapnya

• Hal ehwal luar negeri (hubungan luar)
• Pertahanan
• Keselamatan dalam negeri
• Pentadbiran dan keadilan
• Kerakyatan negara
• Pilihanraya negara
• Kewangan
• Perniagaan, perdagangan dan perusahaan
• Perkapalan, pelayaran dan pengangkutan
• Jabatan Ukur, penyelidikan
• Kerja raya dan tenaga pusat
• Pelajaran
• Kesihatan
• Keselamatan buruh dan sosial
• Orang Asli
• Hal-hal lain

(b) Senarai Negeri

Mengandungi bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri iaitu Kerajaan Negeri sahaja mempunyai kuasa terhadapnya

• Undang-undang Islam
• Tanah
• Pertanian dan perhutanan
• Kerajaan Tempatan
• Perkhidmatan tempatan
• Kerajaan negeri
• Hari cuti negeri
• Undang-undang negeri

Senarai Bersama

Senarai Bersama menurunkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Dalam bidang kuasa ini kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa terhadapnya.

• Kebajikan sosial
• Biasiswa
• Taman Negara
• Perancangan bandar dan wilayah
• Penjagaan haiwan
• Kesihatan dan kebersihan awam
• Parit dan tali air
• Pemulihan
• Hiburan awam
• Perhubungan

Rumusan

• Persekutuan adalah satu kaedah menyatukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasingan.
• Hubungan baik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu dipupuk demi kestabilan dan kewibawaan Kerajaan Persekutuan dalam m embantu mengurangkan perbalahan etnik
• Pemimpin dan rakyat mesti mengamalkan toleransi demi kepentingan bersama.

3. PERBANDINGAN BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN DENGAN KERAJAAN NEGERI

(a) Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan

• Perlembagaan persekutuan peruntukkan kuasa yang luas kepada kerjaan Persekutuan dalam pentadbiran negeri
• Badan eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
• Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan terletak kepada Yang di-Pertuan Agong
• Kabinet dan Jemaah Menteri menjalankan kuasa Eksekutif dan diketuai oleh Perdana Menteri.

(b) Bidang kuasa Kerajaan Negeri

• Peruntukan kuasa eksekutif kepada Kerajaan negeri oleh Perlembagaan Malaysia.
• kuasa Eksekutif terletak kepada Raja, sultan atau Yang Dipertua Negeri,
• Menteri Besar atau Ketua Menteri di lantik oleh Sultan atau Yang diPertua
• Urusan Pentadbiran terletak kepada Perlembagaan Negeri.
• Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengandungi sembilan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan iaitu setiausaha Kerajaan negeri, Pegawai kewangan negeri dan Penasihat undang-undang negeri.

(3) LAMBANG-LAMBANG NEGARA


Tujuan

• Rakyat dapat menunjukkan kesetiaan terhadap tanah air
• Rakyat sanggup berkorban dan kecintaan terhadap tanah air
• Rakyat sentiasa bersemangaat
• simbol perpaduan
• Lambang kemegahan penduduk
• Membezakan Malaysia dengan Negara lain
• Melambangkan kedaulatan sesebuah Negara
• Taat kepada pemerintah
• Terdiri daripada Jata Negara, bendera kebangsaan dan lagu kebangsaan.

(a) JATA NEGARA

• Menjadi lambang kemegahan penduduk negara
• Setiap lambang mempunyai maksud tersendiri
• Lima bilah keris lambang negeri Kedah, Kelantan,Terengganu dan Johor yang dikenali sebagai Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
• Pokok Pinang mewakili negeri Pulau Pinang.
• Pokok Melaka melambangkan negeri Melaka.
• 2 ekor harimau melambangkan keberanian.
• Negeri Sarawak dan Sabah dilambangkan jata negeri tersebut.
• Bulan sabit –agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang empat belas gabungan 14 buah negeri Persekutuan.
• Empat jalur berlainan warna merujuk negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri Melayu Bersekutu.
• Hitam putih lambang negeri Pahang.
• Warna merah dan kuning lambang negeri Selangor.
• Warna hitam, putih, dan kuning lambang negeri Perak.
• Warna merah, hitam, kuning lambang negeri Sembilan

(b) BENDERA KEBANGSAAN

• Menggantikan bendera Union Jack pada tengah malam 31 Ogos 1957
• Pada tahun 1949 ditubuhkan Jawatankuasa reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu
• Adakan pertandingan mereka bentuk bendera dan 373 peserta mengambil bahagian.
• Encik Mohamad Hamzah telah terpilih sebagai pemenang.
• Pada 26 Mei 1950 buat pertama kali Bendera Persekutuan berkibar di perkarangan istana Sultan Selangor.
• Bendera Persekutuan dikenali juga Jalur Gemilang.
• Dikibar di majlis rasmi dan adapt istiadat rasmi, seperti hari keputeraan Yang di- Pertuan Agong dan Hari Kebangsaan.
• Warna merah- keberanian
• Warna putih –kesucian
• Warna biru –Perpaduan
• Warna kuning –lambang kedaulatan Raja-raja Melayu
• Bulan sabit –lambang agama Islam sebagai agama rasmi
• Bintang berpecah empat belas-lambang gabungan empat belas negeri.
• 14 Jalur –warna merah dan putih lambang gabungan negeri.

(c) LAGU KEBANGSAAN

• Sebelum Merdeka lagu kebangsaan ialah ‘God Save the Queen’
• Lagu kebangssan negara kita dikenali juga lagu Negaraku yang dicipta pada tahun 1957
• Pemilihan lagu dibuat oleh Tunku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur
• Pasukan pancaragam polis Di raja telah memperkenalkan 4 buah lagu.
• Lagu Terang Bulan iaitu lagu kebangsaan negeri Perak dipilih kerana mempunyai unsur kemelayuan.
• Majlis Raja-Raja Melayu memperkenankan keputusan jemaah hakim tersebut
• Lagu terang bulan dipilih sebagai asas lagu kebangsaan
• Digubah semula oleh En. Saiful Bahri
• Lirik lagu menggambarkan kesetiaan rakyat kepada negara.
• Lirik lagu menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air
• Membangkitkan semangat patriotik dan cintakan negara
• Semua rakyat mesti berbangga dengan lagu kebangsaan.
Baca Lagi...

Thursday, August 25, 2011

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA


Langkah-langkah pembentukan Malaysia

• Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah serta Brunei untuk menerangkan konsep , tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
• Mengadakan rundingan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak , Sabah dan Singapura
• Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada Julai 1961.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
• Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)
• Penubuhan MAPHILINDO
• Bertujuan untuk mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu.
• Setiausaha Agung PBB U Thant menghantar perwakilan Malaysia ke PPB membincangkan penubuhan Malaysia.
• PBB hantar wakil ( Lawrence Michaelmore) bersama-sama 7 wakil luar meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
• Hasilnya majoriti rakyat bersetuju menyertai Malaysia.

Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)

• ditubuhkan pada Julai 1961.
• Pengerusi JPPK ialah Donald Stephens.
• Peranan JPPK menerangkan tentang gagasan Malaysia.
• Mengumpul pandangan penduduk.
• Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.
• Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura
• Brunei menghantar pemerhati menghadiri tiga mesyuarat terakhir
• Ahli JPPK iaitu Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir johari, Lee Kuan Yew, Tun Datu Mustapha Datu Harun

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold

• Dianggotai oleh Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee, Tan Sri Ghazali Shafie.
• Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malysia.
• Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British.
• Menerima memorandom yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan.
• Mula menjalankan tugas Februari hingga April 1962.
• Jun 1962 mengemukan laporan kepada kerajaan British.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong tanpa syarat.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dengan syarat.
• Iaitu kepentingan mereka harus dilindungi.
• 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak mahukan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.

Cadangan Suruhanjaya Cobbold

• Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948.
• Sarawak dan sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresen.
• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
• Jaminan hak dan kedudukan bumiputera.

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)


• Ditubuhkan pada Ogos 1962.
• Diketuai oleh Lord Landsdowne dan Tun Abdul Razak.
• Mereka mengunjungi Sarawak dan Sabah menerangkan penubuhan Malysia.
• Mengadakan mesyuarat sebanyak 24 kali.
• Bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah kedalam Persekutuan Malaysia.
• Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

Sebab tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda


• Laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan
• Tentangan daripada Indonesia
• Tentangan Filipina
• Brunei menarik diri pada saat-saat akhir
• Tekanan komunis

Peristiwa yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963


• Diluluskan oleh Parlimen Britain
• Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia
• Parlimen Tanah Melayu meluluskan Perjanjian Malaysia
• Diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Singapura
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sarawak
• Diluluskan oleh Majlis Undangan Sabah
• Yang Dipertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia

Kandungan Akta Malaysia

• Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan
• Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan , Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan
• Sarawak dan Sabaah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmaatan awam
• Sarawak memperoleh 24 kerusi , Sabah 16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi perwakilan Parlimen
• Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu
Baca Lagi...

BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA


PAKATAN MURNI

a) Maksud Pakatan Murni

• Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
• Jalan untuk menyelesaikan tuntutan dan masalah yang tersendiri
• untuk menyatukanpadukan pelbagai kaum

b) Usaha-usaha / langkah-langkah ke arah Pakatan Murni

• penubuhan Jawatan Hubungan Antara Kaum ( CLC )
• Beberapa perkara telah dipersetujui :
• Penubuhan Lembagaa Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
• Kerakyatan Negeri 1951
• Pilihanraya peringkat perbandaran , negeri dan Majlis Perundangan
• Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
• Penubuhaan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP )
• Penubuhan Persidangan Kebangsaan
• Konvensyen Kebangsaan UMNO – MCA

c) Kepentingan penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum ( CLC )

• Titik perrmulaan kerjasama antara kaum
• Memperlihatkan perubahan terhadap dasar UMNO kerana sanggup berunding dengan kaum lain
• Satu pendekatan baru dalam politik Persekutuan Tanah Melayu
• Meletakkan perpaduan kaum menjadi asas kemerdekaan yang akan dicapai

d) Perkara yang dipersetujui dalam perrundingan UMNO – CLC

• Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
• Memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar
• Pelantikan Dato Onn Jaafar sebagai pengerusi pertama
• Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu
• Pilihanraya di perringkat perbandaran , negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan akan diadakan pada masa yang sesuai

e) Peranan Dato Onn Jaafar

• Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
• Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemeerdekaan yang akan dicapai
• Pengerusi pertama Lembaga Pembangunan Industri Desa ( RIDA )
• Membuka keahlian UMNO kepaada bukan Melayu
• Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya ( IMP )
• Membuka IMP kepaada semua kaum
• Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti

f) Sebab – sebab IMP gagal

• Kaum Cina. India dan kaum lain tidak merasakan mereka satu bangsa Tanah Melayu
• Rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka
• Mereka sudah mempunyai parti mewakili kaum masing-masing

g) Kejayaan Parti Perikatan

• Memenangi pihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952
• Memenangi Pilihanraya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama
• Memenangi Pihanraya Negeri 1954
• Mengasaskan penubuhan Parti Perikatan 1955
• Mengangggotai Jawatankuasa Pilihanrayaa Majlis Mesyuarat Perundangan
• Memenangi pilihanraya Majli Perundangan Persekutuan 1955
• Menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet
• Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri
• Membahagikan kabinet daripada pelbagai kaum
• Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan
Manifesto Parti Perikatan
• Mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun
• Mewajibkan pendidikan
• Menjadikaan perkhidmatan awam bercorak tempatan
• Menjaga hak asasi manusia
• Melindungi hak Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan

Peranan Suruhanjaya REID.

• Membincang perlembagaan Persekutuan
• Menyususn Perlembagaan Persekutuan
• Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah melayu yang akan merdeka berpandukan beberapa isu:
o Kerjaan persekutuan yang kuat
o Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
o Kedudukan Raja-Raja Melayu
o Hak istemewa orang Melayu
o Pewujudan satu bangsa Persekutuan Tanah Melayu
• Menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak:
o Raja-Raja melayu
o Orang perseorangan
o Pertubuhan politik
• Cadangan parti Perikatan diberi perhatian utama sebagai kerajaan
• Menerbitkan cadangan Suruhanjaya Reid pada Februari 1957
• Cadangan diterima oleh parlimen british Mei 1957
• Melahirkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Kerakyatan Jus soli
• Tuntutan orang dagang
• Tidak diterima oleh orang Melayu
• Prinsip kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum
• Boleh melemahkan orang Melayu
• Raja-Raja Melayu telah menerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam Perelembagaan
Persekutuan Tanah Melayu
• Pakatan Murni antara kaum telah terbina di Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
• Agama Islam sebagai agama rasmi PTM
• Bahasa melayu sebagai bahasa Kebangsaan

Isi Penting Perjanjian Persekutuan Tanah melayu 1957


• Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
• Pemisahan anatara kuasa kersekutuan dengan kuasa negeri
• Pemisahan melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
• Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara
• Tiga jenis kerakyatan diwujudkan
• Kedudukan istimewa orang melayu dikekalkan
• Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
• Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
• Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
• Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara
• Demokrasi berparlimen sebagai pentadbiran negara
• Dewan rakyat dan Dewan Negara diletak di bawah kuasa Parlimen
• Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran peringkat negeri dibantu Dewan Undangan Negeri dan EXCO

Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

• Pakatan murni dicapai
• Wujud kerajaan demokrasi berkonsep Raja Berpelembagaan
• Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyokong pakatan ini
• Wujud perpaduan jitu antara kaum di PTM
• Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah

• Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir negara yang merdeka mengikut acuan sendiri
• Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
• Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan
Usaha para pemimpin negara dalam mencapai kemerdekaan
• Bijaksana dalam menuntut kemerdekaan
• Kemerdekaan tanpa pertumpahan darah
• Sikap bekerjasama
• Sentiasa mengutamakan perundingan
• Kata sepakat telah menjadi pendekatan terbaik masyarakat berbilang kaum

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

• Presiden UMNO
• Ketua parti Perikatan
• Perdana Menteri pertama
• Bijak mengendali pakatan murni antara kaum
• Mencapai kemerdekaan dengan penuh harmoni dan gemilang

Tun Abdul Razak

• Timbalan Presiden UMNO
• Timbalan Perdana Menteri pertama
• Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London tahun 1956
• Perunding untuk menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
• Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956
• Menggubal sistem pendidikan Kebangsaan Negara / Penyata Razak 1957
• Menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua 1970

Tun H. S. Lee

• Tokoh MCA
• Memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetus idea Parti Perikatan
• Berkerjasama dengan UMNO dan MIC untuk mendapat kemerdekaan
• Menteri kewangan pertama

Tun V. T. Sambanthan

• Sumbangan dalam menuntut kemerdekaan
• Presiden MIC
• Menyokong sepenuh dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara
• Menyeru kaum India memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada negara

Baca Lagi...

BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

(a) Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

• Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah Pimpinan Dato’ Onn Ja’afar
• Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan Raja dan rakyat
• Perpaduan mereka dapat mengatasi pihak yang menyokong Malayan Union
• Keupayaan orang Melayu memujuk British
• Orang Melayu mendesak British menghidupkan semula dasar perlindungan terhadap orang Melayu
• Desakan ini meyakinkan British membatalkan Malayan Union
• Sokongan bekas pegawai tinggi British mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu seperti Sir Frank Swettenham dan Sir Cecil Clementi
• Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm Mac
• Donald dan L.D. Gammans menggantikan Malayan Union
• Sikap politik orang Melayu yang sederhana dengan menulis dalam
• akhbar, berdemonstrasi, berkongres, memujuk Raja-Raja Melayu
• Mereka juga tidak menentang secara kekerasan (tidak mengangkat senjata)
• British tertarik dengan cara UMNO
• Orang Melayu melalui UMNO tidak menuntut kemerdekaan
• tetapi hanya menuntut rundingan menolak Malayan Union
• British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS
• Piagam Atlantik 1945 meminta negara-negara kolonial memberikan
• latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan

(b) Langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

• Bantahan orang Melayu menyebabkan British membatalkan Malayan Union
• British menubuhkan Jawatankuasa Ekskutif
• Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 orang ahli yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu
• Jawatankuasa Ekskutif mengadakan mesyuarat di King’s House, Kuala Lumpur
• Orang Melayu mengemukakan lima tuntutan dalam rundingan dengan British
• Tuntutan itu ialah menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, menolak kerakyatan terbuka, meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
• Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu perlu diakui semula
• Perundingan ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu
• Golongan radikal Melayu dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy
• Mereka berpendapat Jawatankuasa Ekskutif tidak mewakili semua kaum
• Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh
• Golongan radikal menubuhkan AMCJA dan PUTERA bagi menentang British dan UMNO
• Mereka mengadakan ceramah politik, demonstrasi dan mogok
• Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat
• British menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
• Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948

(c) Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal Melayu melalui Perlembagaan Rakyat

• Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
• Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih
• Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
• Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
• Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
• Kerakyatan yang sama rata
• Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
• Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab British dan Tanah Melayu
• Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu

(d) Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

• Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
• Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
• Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
• Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
• Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
• Syarat kerakyatan diperketatkan.
• Kerakyatan jus soli hanya untuk Rakyat Raja Melayu dan Rakyat British sahaja
• British mengiktiraf semula ketuanan Melayu
• Institusi raja dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas

(e) Ciri-ciri pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948

• Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi di peringkat pusat
• Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan Persekutuan
• Sultan menjadi ketua negeri
• Sultan berkuasa melantik Menteri Besar
• Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
• Menteri Besar dibantu oleh Majlis Eksekutif Negeri dan Majlis Perundangan Negeri

(f) Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

• Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas pentadbiran negara selepasnya
• Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat pusat
• Bidang kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu dipulihkan
• Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
• Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
• Terbentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
• Syarat kerakyatan diperketatkan
• British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
• Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya jelas dalam pentadbiran
• Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri
• Penerusan dasar perlindungan British terhadap kedudukan istimewa orang Melayu
• Status quo Negeri-Negeri Melayu dilindungi
• Agama Islam dan adat istiadat Melayu teras ketuanan bangsa Melayu
• Prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu menjadi undang-undang bertulis
• Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu

(g) Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu & Peranannya
Raja-Raja Melayu


• Sultan Badlishah(Kedah)
• Sultan Abdul Aziz(Perak)
• Sultan Ibrahim(Johor)
• Mereka menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti sebelum tahun 1941
• Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu juga patut dikekalkan
• Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka, perlindungan terhadap orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara
Pembesar Tempatan
• Dato’ Onn Jaafar(Menteri Besar Johor & Yang Dipertua UMNO)
• Dato’ Nik Ahmed Kamil(Menteri Besar Kelantan)
• Mereka bertindak sebagai penasihat kepada raja
• Bersama-sama mendukung idea penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Bersama Raja-Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British melindungi kepentingan orang Melayu beserta Raja-Raja Melayu
• Kerjasama mereka membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran, agama Islam dan bahasa Melayu serta pengekalan institusi Raja Melayu berjaya dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948
Baca Lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...