Wednesday, August 24, 2011

BAB 2 : NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

a) Faktor-faktor pemangkin nasionalisme di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

Pengenalan Sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tempatan:


• British meletakkan seorang Residen
• Residen mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan
• Pembesar diberikan pencen
• Pembesar digantikan dengan oleh pegawai British
• Kesannya perubahan ini menjatuhkan maruah orang tempatan /mencabar sistem tempatan/amalan tradisi
• Keadaan ini telah membangkitkan kebencian penduduk terhadap British

Perkembangan sistem pendidikan:

• Melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsa
• Menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British
• Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu
• Mereka menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan

Dasar British dalam sistem pentadbiran:

• Menggalakkan sesiapa sahaja datang ke Tanah Melayu
• Untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu
• Ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini
• Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu
• Ini menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan
• Orang asing menguasai bidang perlombongan, perladangan getah dan perniagaan.
• Orang Melayu kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British
• British membuka bandar baru sebagai pusat pentadbiran
• Orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan
• Kemajuan ekonomi seperti perniagaan/prasarana / elektrik / perkhidmatan pos/telefon/sekolah/hospital
• Telah meningkatkan taraf hidup di bandar
• Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran lain di bandar
• Dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu
• Golongan intelek Melayu menjadikannya sebagai isu gerakan nasionalisme

Pendudukan Jepun menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme.

• konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara negara Asia
• Untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dalam kalangan negara tersebut
• Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama/berjanji untuk memerdekakan Tanah Melayu
• Kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan/ubat-ubatan /kekejaman pentadbiran Jepun menyebabkan penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan oleh kuasa Barat atau Timur
• Semua penjajah tetap zalim/menekan kehidupan orang tempatan
• Kesannya, apabila British memperkenalkan Malayan Union tahun 1946, orang Melayu menentang
• Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun

Penguasaan Parti Komunis Malaya selama 14 hari tahun 1945 membangkitkan semangat menentang penjajah:

• PKM menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam
• Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap penyokong Jepun
• Gerakan ini mencetuskan konflik perkauman
• Banyak orang Melayu terbunuh/rumah dibakar oleh anggota PKM
• Dibalas oleh orang Melayu di Perak/Johor/Sembilan/Pahang

Kemunculan mesin cetak:

• Memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan
• Mendorong kepada penentangan terhadap British
• Melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah dapat disebarkan

Gerakan Pan-Islamisme Sedunia memberi kesan terhadap kesedaran semangat kebangsaan:

• Merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam
• Bertujuan untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam
• Gerakan reformis oleh Syed Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir telah tersebar luas
• Dalam tulisannya, beliau memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat
• Islam juga mendorong umatnya menuju kejayaan
• Tulisannya disebarkan dalam majalah al-Manar
• Gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama

Kesedaran Politik Serantau:

• Indonesia yang rapat dengan Tanah Melayu(geografi) dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu
• Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual
• Penulis yang hebat telah menghasilkan karya yang menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu
• Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas dan dihayati oleh penduduk tempatan
• Kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu

GERAKAN ISLAH DI TANAH MELAYU

Maksud Gerakan Islah:

• Gerakan Islah adalah satu gerakan pemulihan yang berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
• Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
• dipimpin oleh Kaum Muda setelah tamat belajar di Universiti al-Azhar di Mesir

Tokoh-tokoh/pelopor:

• Sheikh Tahir Jalaludin
• Syed Syeikh al-Hadi
• Dr. Burhanuddin al-Helmy

Matlamat / tujuan / isu:

• menyampaikan idea mereka demi kemajuan umat Islam selaras dengan kemajuan dunia pada waktu itu.
• Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
• Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
• Mengkritik raja yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.
• Mengkritik pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.

Akhbar/ Majalah:

• Al-Imam
• Neracha
• Edaran Zaman
• Pengasuh
• Saudara

Tokoh-tokoh:

Sheikh Tahir Jalaluddin:

• Tokoh gerakan Kaum Muda.
• merupakan seorang tokoh yang menjadi pendukung kepada akhbar al-Imam
• menulis dalam majalah al-Manar.

Syed Syeikh al-Hadi:

• tokoh gerakan Kaum Muda
• menubuhkan Jelutung Press
• menerbitkan majalah Saudara.
• mendirikan madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang
• mengarang Novel Hikayat Faridah Hanum.

Halangan/Tentangan:

• Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum Tua yang terdiri daripada golongan alim ulama dan telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama mereka.
• Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu megenai ajaran Islam yang sebenarnya.
• Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Melayu kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
• Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
• Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
• Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam bentuk pendidikan.

Sumbangan:

• Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda yang menjalankan sistem pendidikan Islam.
• Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardu ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
• Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.

Akhbar, Majalah Dan Novel ; Penggerak Kesedaran Kebangsaan:

• Akhbar, majalah dan Novel memainkan peranan yang penting dalam melahirkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
• Salah seorang penulis terkenal pada tahun 1920-an ialah Zainal Abidin bin Ahmad ( Zaa’ba ) yang merupakan seorang tokoh bahasa, pemikir dan cendekiawan ulung Melayu.
• Antara karya yang terkenal yang dihasilkan oleh Za’ab ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu.
• Pada tahun-tahun 1930-an muncul pula tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn Ja’afar dan Abdul Rahim kajai.
• Tulisan mereka telah membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri dan bersatu padu, di samping mengkritik dasar-dasar British yang menekan orang Melayu.
• Akhbar, majalah dan novel yang dihasilkan pada ketika itu ialah untuk menyedarkan dan seterusnya memajukan bangsa Melayu.

Akhbar:

• Warta Melayu
• Lembaga Malaya
• Majlis Utusan Melayu
• Warta Negara
• Fajar Sarawak
Akhbar dan Isu yang dibangkitkan

Sosial/Pendidikan:

• Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu.
• Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
• Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negative seperti memilih kerja dan tidak mahu berusaha
• Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak.
• Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan dan kerja tangan
• Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
• Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi
• Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British.
• Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu

Aspek ekonomi:

• Kurangkan kemasukan pedagang luar yang mengancam ekonomi tempatan
• Galakkan orang Melayu terlibat dalam aktiviti ekonomi
• Melarang orang Melayu daripada menjual tanah mereka
• Menyeru orang Melayu supaya berjimat cermat
• Meminta British mengadakan kampong Khas orang Melayu di Kuala Lumpur
• Manakala isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar dari aspek politik ialah
• Mengkritk British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
• Mengkritik para pembesar dan raja-raja Melayu kerana tidak melaksanakan – kemajuan kepada masyarakat Melayu
• Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan.
• Menuntut diadakan Malay Administrative ( M.A.S) untuk melindungi orang – Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.
• Menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu supaya bersatu dalam sebuah – pertubuhan kebangsaan
• Menentang tuntutan orang luar terhadap politik tempatan
Majalah

Pengasuh:

• Majalah pengasuh ini telah membangkitkan isu berikut,
• Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
• Menggalakkan pendidikan dikalangan orang Melayu
• Memperluaskan ilmu dalam semua bidang
• Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
• Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

Guru:

• Pada tahun 19 24, Majalah Guru telah diterbitkan dan pengarangnya terdiri daripada Muhamad Dato’ Muda Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid.
• Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru ialah ;
• Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak Melayu
• Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
• Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang penjajahan
• Membaiki taraf hidup orang Melayu
• Memajukan bahasa dan sastera Melayu
• Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa.
• Pada tahun 1930, Majalah Bulan Melayu telah diterbitkan oleh Zainon Sulaiman.
• Majalah Bulan Melayu ini telah membincangkan isu-isu berikut:
• Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
• Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri
• Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
• Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

Novel:

• Novel-novel yang banyak menyempaikan mesej-mesej kesedaran bangsa ialah :
• Keris Melaka yang dikarang oleh Ahmad Bakhtiar
• Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad
• Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad
• Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid

Keris Melaka Ahmad Bakhtiar:

• Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
• Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
• Gunakan Sejarah sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda

Anak Mat Lela Gila- Ishak Haji Muhammad:

• Semangat anak muda menentang penjajah
• Hargai warisan bangsa
• Semangat cintakan tanah air
• Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan

Melor Kuala Lumpur- Harun Aminurrashid:

• Emansipasi wanita
• Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu
• Membuang pandangan negative yang boleh menghalang kemajuan bangsa

Persatuan Sahabat Pena Malaya ( PASPAM ):

• Persatuan Sahabat Pena Malaya ( Paspam ) telah ditubuhkan pada 7 April 1934, bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.
• Paspam ialah sebuah bertubuhan yang berlandaskan sastera, tetapi ia cuba menyatupadukan orang Melayu, Sabah dan Sarawak.
• Persatuan ini telah dipimpin oleh cendekiawan Pulau Pinang seperti S.M Zainal Abidin B.A
• Melalui pertubuhan ini orang Melayu dapat berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.
• Ia juga dapat menggalakkan perpaduan dan persaudaraan di kalangan orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu.
• Paspam telah mendapat sambutan yang hangat kerana organisasinya adalah lebih kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri.
• Paspam adalah merupakan asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM ):

• KMM dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob bersifat politik
• Bersifat radikal dan anti-penjajah British
• Keanggotaan terdiri daripada lepasan MPSI Tanjung Malim,Perak
• Menggalakkan pepaduan di kalangan pemuda melayu
• Meningkatkan tahap pendidikan orang melayu
• Semasa pendudukan Jepun KMM telah bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu
• KMM menjadi alat propaganda Jepun dengan membeli akhbar Warta Malaya
• Ahli KMM telah mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan KMM telah menubuhkan cawangannya di Maahad Ihya Assyariff di Gunung Semanggol untuk melatih kader-kader yang dikenali tentera semut

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...