Tuesday, August 23, 2011

Soalan Bab 1 (Tingkatan 5)

TAJUK: KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Soalan Objektif:

1. "Sebelum kedatangan Sepanyol pentadbiran tempatan di Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dikenali sebagai barangay".

Berdasarkan pernyataan di atas, siapakah yang mengetuai pentadbiran barangay?
A. Datu
B. Bupati
C. Myothugi
D. Ahmudan


2. Antara berikut manakah ciri-ciri nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.
I. Perjuangan bersifat lebih radikal
II. Pergerakan tersusun dan berorganisasi
III. Menekankan kesedaraan politik rakyat
IV. Membentuk kerajaan sendiri yang merdeka

A. I, II dan IV
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

3. Tempoh Masa dan Matlamat Penguasaan Ekonomi
Abad 16 hingga 18 - Rempah ,emas, sutera
Abad 19 hingga 20 - bijih timah, getah,petroleum

Rajah di atas menerangkan perbezaan tujuan kedatangan Barat ke Asia Tenggara. Apakah yang menyebabkan perubahan matlamat mereka?

A. Perkembangan pertanian
B. Perkembangan pengangkutan
C. Perkembangan sistem perhubungan
D. Perkembangan revolusi perindustrian


4."Kapal berkuasa wap merancakkan lagi kegiatan imperialisme Barat di Asia Tenggara"
I. Membawa muatan yang banyak
II. Menjimatkan penggunaan minyak
III. Mempercepatkan perjalanan pedagang
IV. Memastikan perjalanan lebih selamat

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV


5. "Parti Rakyat melancarkan revolusi pada tahun 1932".
Pernyataan di atas menjelaskan bahawa berlaku gerakan nasionalisme di Thailand, walaupun negara tersebut tidak dijajah.

Apakah kesan langsung daripada peristiwa itu.

A. Memperkenalkan sistem raja berperlembagaan
B. Memperkenalkan sistem raja berkuasa mutlak
C. Memperkenalkan sistem republik
D. Memperkenalkan sistem birokrasi


Soalan Struktur:


1. Rajah di atas menggambarkan kesan aktiviti imperialisme Barat di Asia Tenggara pada abad ke-19

a. Nyatakan maksud imperialisme.
.................................................... (1 markah)

b. Namakan kuasa penjajah X dan negara jajahan Y.
i. X ialah : .......................................
ii. Y ialah : ...................................... (2 markah)

c. Nyatakan 2 sebab yang mendorong kuasa Barat berminat menjajah Asia Tenggara.
i. .................................................
ii. ................................................ (2 markah)

d. Berikan 2 kesan penjajahan Barat ke atas sistem pentadbiran tradisional.
i. .................................................
ii. ................................................ (2 markah)

e. Pada pendapat anda, mengapakah kuasa Barat begitu mudah menjajah Asia Tenggara?
i. .................................................
ii. ................................................ (2 markah)

[10 Markah]

Pesanan kepada anak didik: Sila rujuk saya untuk dapatkan skima.

13 comments:

Madison said...

Skema Jawapan?

Cyber Law said...

skema jawapan please

puteri syafa said...

Skema??

Unknown said...

Skem jawapan?

Komathi said...

SKEMA JAWAPAN ADA?

thev20 said...

skema

Unknown said...

skema,pls

Unknown said...

skima pls

Unknown said...

Skema jawapan ?

Unknown said...

skema jawapan pls

Unknown said...

skema jawapan pls

Unknown said...

Skema

Unknown said...

Skema pls

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...