Wednesday, August 24, 2011

Soalan Bab 2 (Tingkatan 5)

TAJUK: NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

Soalan Objektif:

1. Mengapakah gerakan Islah dapat berkembang dengan baik dan lancar di Negeri-Negeri Selat?
A. Tiada undang-undang menghalang pergerakannya
B. Mempunyai pemimpin yang berkebolehan
C. Kawasan pergerakan terlalu kecil
D. Sistem perhubungan yang baik

2. Siapakah yang bertanggung jawab melantik Menteri Besar mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu?
A. Rakyat
B. Sultan
C. Jemaah Menteri
D. Majlis Mesyuarat Kerja

3. Mengapakah Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) mendapat sambutan yang hangat di kalangan orang Melayu?
A. Kegiatannya bercorak politik
B. Perjuangannya menuntut kemerdekaan
C. Organisasinya kemas dan mempunyai perlembagaan
D. Menggalakkan ahlinya bertukar fikiran dan berkenalan

4. Antara berikut yang manakah menyebabkan berlaku penentangan pembesar Melayu tradisional di negeri Perak?
I. Penguasaan kawasan pembesar
II. Pengenalan undang-undang tanah
III. British mencabuli Perjanjian Pangkor
IV. British tidak menghormati adat resam Melayu

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

5. Tok Janggut berjaya mendirikan sebuah kerajaan sementara di Pasir Putih pada bulan April 1915.
Antara berikut, tokoh yang manakah terlibat dalam kerajaan tersebut?

I. Haji Said sebagai penasihat
II. Engku Besar Jeram sebagai raja
III. Che Ishak sebagai Pegawai Daerah
IV. Tok Janggut sebagai Perdana Menteri

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Soalan Struktur:

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...