Thursday, August 25, 2011

BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

(a) Faktor-faktor pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

• Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union di bawah Pimpinan Dato’ Onn Ja’afar
• Perpaduan di kalangan orang Melayu yang terdiri daripada golongan Raja dan rakyat
• Perpaduan mereka dapat mengatasi pihak yang menyokong Malayan Union
• Keupayaan orang Melayu memujuk British
• Orang Melayu mendesak British menghidupkan semula dasar perlindungan terhadap orang Melayu
• Desakan ini meyakinkan British membatalkan Malayan Union
• Sokongan bekas pegawai tinggi British mendorong British membentuk Persekutuan Tanah Melayu seperti Sir Frank Swettenham dan Sir Cecil Clementi
• Sokongan daripada pegawai tinggi British seperti Sir Malcolm Mac
• Donald dan L.D. Gammans menggantikan Malayan Union
• Sikap politik orang Melayu yang sederhana dengan menulis dalam
• akhbar, berdemonstrasi, berkongres, memujuk Raja-Raja Melayu
• Mereka juga tidak menentang secara kekerasan (tidak mengangkat senjata)
• British tertarik dengan cara UMNO
• Orang Melayu melalui UMNO tidak menuntut kemerdekaan
• tetapi hanya menuntut rundingan menolak Malayan Union
• British bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS
• Piagam Atlantik 1945 meminta negara-negara kolonial memberikan
• latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan

(b) Langkah-langkah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

• Bantahan orang Melayu menyebabkan British membatalkan Malayan Union
• British menubuhkan Jawatankuasa Ekskutif
• Jawatankuasa ini dianggotai oleh 12 orang ahli yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu
• Jawatankuasa Ekskutif mengadakan mesyuarat di King’s House, Kuala Lumpur
• Orang Melayu mengemukakan lima tuntutan dalam rundingan dengan British
• Tuntutan itu ialah menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, menolak kerakyatan terbuka, meminta dasar perlindungan terhadap Negeri-Negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan
• Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu perlu diakui semula
• Perundingan ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu
• Golongan radikal Melayu dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy
• Mereka berpendapat Jawatankuasa Ekskutif tidak mewakili semua kaum
• Mereka menuntut konsep sebuah republik dan kemerdekaan penuh
• Golongan radikal menubuhkan AMCJA dan PUTERA bagi menentang British dan UMNO
• Mereka mengadakan ceramah politik, demonstrasi dan mogok
• Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat
• British menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
• Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948

(c) Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal Melayu melalui Perlembagaan Rakyat

• Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
• Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis-Majlis Negeri dipilih
• Raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat
• Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan
• Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu
• Kerakyatan yang sama rata
• Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu
• Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
• Pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab British dan Tanah Melayu
• Warganegara Tanah Melayu dinamai Melayu

(d) Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

• Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri
• Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
• Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan
• Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk
• Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
• Syarat kerakyatan diperketatkan.
• Kerakyatan jus soli hanya untuk Rakyat Raja Melayu dan Rakyat British sahaja
• British mengiktiraf semula ketuanan Melayu
• Institusi raja dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas

(e) Ciri-ciri pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948

• Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi di peringkat pusat
• Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan Persekutuan
• Sultan menjadi ketua negeri
• Sultan berkuasa melantik Menteri Besar
• Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
• Menteri Besar dibantu oleh Majlis Eksekutif Negeri dan Majlis Perundangan Negeri

(f) Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

• Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas pentadbiran negara selepasnya
• Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat pusat
• Bidang kuasa dan kedudukan Raja-Raja Melayu dipulihkan
• Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
• Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri
• Terbentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
• Syarat kerakyatan diperketatkan
• British mengiktiraf semula ketuanan Melayu sebagai asas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
• Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya jelas dalam pentadbiran
• Setiap negeri Melayu mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British dikenali sebagai Undang-undang Tubuh Negeri
• Penerusan dasar perlindungan British terhadap kedudukan istimewa orang Melayu
• Status quo Negeri-Negeri Melayu dilindungi
• Agama Islam dan adat istiadat Melayu teras ketuanan bangsa Melayu
• Prinsip yang dicadangkan oleh UMNO dan Raja-Raja Melayu menjadi undang-undang bertulis
• Perkara ini menjadi asas kepada Kontrak Sosial antara British dengan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu

(g) Tokoh-Tokoh Penggerak Persekutuan Tanah Melayu & Peranannya
Raja-Raja Melayu


• Sultan Badlishah(Kedah)
• Sultan Abdul Aziz(Perak)
• Sultan Ibrahim(Johor)
• Mereka menuntut supaya kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan seperti sebelum tahun 1941
• Perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu juga patut dikekalkan
• Mereka tidak menolak kehadiran British tetapi menuntut supaya kuasa mereka, perlindungan terhadap orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara
Pembesar Tempatan
• Dato’ Onn Jaafar(Menteri Besar Johor & Yang Dipertua UMNO)
• Dato’ Nik Ahmed Kamil(Menteri Besar Kelantan)
• Mereka bertindak sebagai penasihat kepada raja
• Bersama-sama mendukung idea penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948
• Bersama Raja-Raja Melayu mencadangkan dan mendesak British melindungi kepentingan orang Melayu beserta Raja-Raja Melayu
• Kerjasama mereka membolehkan prinsip-prinsip politik, pentadbiran, agama Islam dan bahasa Melayu serta pengekalan institusi Raja Melayu berjaya dimasukkan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...