Thursday, August 25, 2011

BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA


Ciri-ciri Negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Wilayah pengaruh

• Kawasan tempat tinggal rakyat
• Sempadannya diterima umum
• Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakuai pemerintahan seorang raja
• Kesultanan Melayu Melaka mempunyai lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadan tidak ditetapkan.
• Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera.

Kedaulatan

• Merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah
• Tidak boleh dihadkan mana-mana pihak
• Merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah Negara atau pemerintah
• Negera berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya
• Negera itu bebas daripada campurtangan, paksaan, taklukan atau perintah kuasa asing.
• Dalam Kesultanan Melayu Melaka kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah.

Lambang-lambang

• Merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah Negara.
• Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan dan lambing penyatuan Negara dan bangsa.
• Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-uandang, protocol dan adapt-istiadat istana.

Undang-undang

• Untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah diwartakan.
• Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat.
• Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh mesyarakat.
• Zaman Melaka terdapat dua sumber undang-undang bertulis dipegaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
• Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasa.
• Menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar serta pantang larang dikalangan anggota masyarakat.
• Hukuman ke atas kesalahan jenayah awam, undang-uandang keluarga dan lainlain.
• Undang-undang Laut Melaka
• Membincangkan perkarta yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti tanggungjawab pengawal kapal, atur cara pelayaran, perniagaan, bidang kuasa nakhhoda kapal dan hukiman bagi kesalahan jenayah.

Rakyat

• Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah
• Mereka terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut.
• Zaman Melaka rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah

Kerajaan

• Badan yang diberi kuasa untuk urus pentadbiran, jaga keamanan, pertahan kedaulatan Negara dan jalin hubungan diplomatic dengan negara lain.
• Zaman Melaka raja atau sultan merupakan pemerintah tertinggi yang dibantu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong dan Laksamana.
Warisan Negeri-Negeri Melayu.

1. Unsur-unsur warisan Kesultanan Melayu Melaka yang diamalkan di negeri-negeri Melayu.

• Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak, dan Pahang berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
• Warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti adat istiadat melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu berkembang di negeri-negeri tersebut.
• Kerajaan tersebut diasaskan oleh kerabat diraja Melaka.
• Semua pemerintah negeri menggunakan gelaran Sultan pada awal nama masing-masing.
• Sistem warisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa.
• Putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang mewarisi takhta kerajaan.
• Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki sultan boleh mewarisi takhta.
• Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti diamalkan oleh Melaka.
• Perbezaan antara ketiga-tiga negeri tersebut adalah pada gelaran pembesarnya, disebabkan perubahan semasa dan penyesuaian dengan keadaan tempatan.
• Kitab undang-undang disalin dan dipinda berdasarkan Hukum kanun Melaka untuk disesuaikan dengan unsur tempatan.Contoh Undang-Undang Pahang yang disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah pada tahun 1596.

2. Persamaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911.

• Keturunan Sultan sebagai pewaris takhta
• Agama Islam sebagai agama negeri
• Raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki dan beragama Islam
• Raja merupakan waris pemerintah
• Raja berhak memilih Menteri Besar / dilantik oleh Sultan
• Jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja
• Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu Sultan dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri dan rakyat
• Mesyuarat kerajaan dikutuai oleh Menteri Besar
• Jemaah Menteri mempunyai kuasa perundangan

3. Perbezaan kandungan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911.

• Undang-undang tersebut diperkenal untuk negeri masing-masing.
• Tarikh Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu diperkenalkan pada tahun 1911 manakala Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
• Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor diperkenalkan oleh Sultan Abu Bakar manakala Undang-Undang Tubuh Negeri Terenggan oleh Sultan Zainal Abidin III.
• Undang-undang Johor dikenali Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor manakala undang-undang Terengganu dikenali sebagi Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu atau Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdsarkan keadilan.

4. Sistem Jemaah Menteri di Kelantan bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan.

• Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I(1801-1836).
• Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya.
• Sultan Muhammad II(1836-1886) telah memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri dengan mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri.
• Setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.
• Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.
• Lapan badan Jemaah Menteri itu lalah:
• Jemaah Penasihat Raja
- mengurus perkara dan urusan penting yang bukan rahsia.
• Jemaah Menteri Istana
- mengurus istiadat diraja dan istiadat rasmi di seluruh negeri kelantan.
• Jemaah Menteri Keadilandan Kehakiman
- mengendalikan urusan penting tentang keadilan dan kehakiman.
• Jemaah Menteri Dalam Negeri
-Menjaga keamanan negeri.
• Jemaah Menteri Luar Negeri
-Mengurus dasar dan hal ehwal luar negara.
• Jemaah Menteri Perbendaharaan
-Mengendali harta benda dan hasil mahsur.
• Jemaah Menteri Peperangan
-Mengurus pertahanan dan keamanan negeri.
• Jemaah Menteri Pentadbiran danPenggimarahan Negeri
-Mengurus kemajuan dan pembangunan negeri.

5. Sembilan buah daerah dalam Negeri sembilan.

• Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi, dan Gunung Pasir.

6. Gelaran tertinggi pemerintah Negeri Sembilan

• Gelaran ialah Yang Dipertuan Besar.

7. Unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan di negeri Sembilan

• Negeri sembilan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.
• Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat palin, bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak, Lembaga dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
• Perlantikan pembesar dibuat oleh Undang, Lembaga, buapak dan Anak Buah walaupun Yang Dipertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.
• Setiap keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.
• Setiap Luak ditadbir oleh Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.
• Undang dipertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
• Lembaga dilantik oleh Buapak .Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.
• Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.
• Buapak merupakan ketua Perut.Buapak menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah, khususnya yang berkaitan dengan adat.
• Setiap anggota Perut dikenali sebagai anak Buah.
• Sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetepi mengagihkan tersebut kepada individu mengikut pangkat.
• Ini menunjukkan sistem pemilihan pemimpin mempunyai unsur demokrasi.

8. Peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih

• Kepentingan bersama dalam membuat keputusan.
• Semangat gotong-royong, dalam sebarang pekerjaan.
• Saling menghormati di antara satu sama lain.
• Bermuafakat untuk memilih pemimpin.
• Semangat kerjasama antara suku untuk memilih pemimpin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...